Media & News Details

KSL ESPLANADE MALL, KLANG SELATAN BAKAL BEROPERASI PADA 31 MEI 2023

  • FEMALE MAGAZINE ONLINE
  • 10 March 2023

Pusat Beli-Belah KSL Esplanade Mall di daerah Klang Selatan, yang dibangunkan oleh anak syarikat KSL Holdings Berhad bakal memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi melalui sektor peruncitan yang melibatkan daerah Klang, Shah Alam, Jenjarom dan sekitarnya.

Dijangka beroperasi pada 31 Mei 2023, Pusat membeli belah KSL Esplanade Mall ini dilengkapi oleh empat (4) aras dengan ruang runcit berkeluasan 650,000 kaki persegi. Melalui kolaborasi dinamik di antara pemaju dan barisan jenama terkenal, KSL Esplanade menyasarkan pengalaman membeli-belah tanpa had kepada hampir satu (1) juta populasi yang menetap sekurang-kurangnya 30 ke 45 minit masa perjalanan dari lokaliti ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai pembangunan kompleks beli-belah ini, Pengarah Projek KSL, Patrick Khoo turut berkongsi beberapa keistimewaan KSL Esplanade Mall, di antaranya taman berlandskap, tapak promosi berkeluasan 4,000 sehingga 10,000 kaki persegi, konsep restoran alfresco, serta taman permainan kanak-kanak yang terletak di Canary Garden Central Park.

“Keseluruhan idea ini datang bersama konsep ruang sosial ketiga yang mana menjadikan rumah sebagai ruang sosial pertama, pejabat ruang sosial kedua dan Pusat Beli-Belah KSL Esplanade sebagai ruang sosial ketiga”. Melalui slogan “More Than Just A Mall” yang menjanjikan pengalaman membeli-belah luar biasa, beberapa aktiviti di dalam dan luar kompleks telah dirangka khusus untuk pengunjung termasuklah pertandingan, tayangan lampu dan muzik, festival, dan acara seni dan budaya yang akan dilaksanakan pada setiap hujung minggu. “Kami percaya bahawa idea keseluruhan ini bakal menerima reaksi yang positif dalam kalangan komuniti setempat dan para pengunjung”, kata Patrick Khoo.

KSL Esplanade Mall telah mendapat beberapa penyewa utama iaitu Star Grocer, EnerG X Park, Good2U, Xctive Kidz, NextGen Playzone, Houzone, Nihon Shoku, One Living, Uncle Don's, XRoller, Mr DIY, Loon Sing Restaurant, Toy World, Toyworld Amusement Park, TGV Cinema, Happy Fish Swimming School manakala barisan penyewa lain bakal diumumkan tidak lama lagi.

Setakat ini, projek ini sudah disewa sebanyak 70 peratus. “Jika diperhatikan, daerah Klang Selatan pada hari ini telah melalui satu proses transformasi yang luar biasa. Bermula dengan akses langsung ke lebuh raya utama seperti Shah Alam Expressway (KESAS), South Klang Valley Expressway (SKVE), dan New Klang Valley Expressway (NKVE), penduduk juga akan menikmati faedah perjalanan tanpa had melalui projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) yang menawarkan sistem integrasi ke MRT Bandar Utama, Kelana Jaya Line, BRT Federal Line serta KTM Port Klang.

Dengan ini, pengunjung boleh membuat perjalanan dari Bandar Utama, hingga ke stesen akhir, LRT Johan Setia, yang terletak kira-kira lima (5) minit dari KSL Esplanade Mall.

“Untuk keselesaan pengunjung, perkhidmatan bas pengantara secara percuma akan dilaksanakan dari stesen tersebut ke KSL Esplanade Mall”. “Selain kemudahan di atas, pasukan kami telah memberi fokus sepenuhnya dalam menaik taraf akses masuk dan keluar dari KSL Esplanade Mall bagi memastikan pengunjung menikmati perjalanan yang lancar selesa dan mudah. Antara inisiatif kami adalah seperti memperluas jalan, penambahan tiang lampu, pembinaan jejantas, stesen bas, dan kawalan keselamatan yang ketat dari masa ke masa”, sambungnya lagi.

“Dengan menjadikan komuniti dekat di hati, KSL Holdings Berhad berbangga dapat memajukan kawasan ini melalui usaha menaik taraf infrastruktur, fasiliti dan ameniti selain membuka peluang pekerjaan yang lebih luas”, tambahnya lagi. KSL Bandar Bestari ialah sebuah bandar berintegrasi yang terdiri daripada rumah teres berkembar (Semi-D), apartmen berservis, pusat komersial, pusat beli-belah serta hotel bertaraf empat bintang. Pembinaan bandar yang meliputi 448 ekar ini dijangka bakal memberi nafas baharu kepada imej Klang Selatan, selain menjemput lebih ramai pelabur ke daerah ini.

“Satu perkara yang pasti, modenisasi Klang Selatan bakal bermula”, kata Patrick Khoo mengakhiri temuramah.